Ada Paham ?
Nama Sudah Ada Di Atas Besar Besar Pula Tu .
Ramai Memanggil Saya Farhanah , F , 'Cookie Monster , 'Chocolate Freak' , Hana Cikgu Jayz Je .
08 November , Saya Nak Hadiah , Jangan Lupa !
Merah Putih Hitam !
Manchester United
Coklat !
Dah Lama Tak Pegang Gitar
Bising Gylerh !
Boleh arh .
Pada hari Khamis yang lalu , 10/9/09 , Aku , Hasan , Afiq dan Ms 'Face' Ong telah ke Geylang Serai . Gerek ! Sapa Suruh kau semua tak nak ikut . Dah ajak , tak nak . Sabar sebelum apa - apa , Aku dan Hummairah dari 3G2 telah membagi nama melayu kepada Ms 'Face' Ong . Kami telah bagi dia nama Fathima kerana kalau kamu susun balik 'Faith' boleh dapat Fathi dan kalau tambah ma dapat Fathima . Haha .. Skarang kalau kamu semua nampak Ms 'Face' Ong , panggil dia Ms Fathima . Balik ke cerita cerita aku ke geylang Serai . Sebelum kau membaca , sediakan air dan makanan .. Boleh makan dan minum sambil membaca . Panjang sangat cerita ini . Haha . Gerek ah pergi dengan mereka semua . Sebenarnya kami semua harus berjumpa pada pukul 6 petang tetapi 5.50 baru aku keluar rumah . Tetapi aku bkan seorang sahaja yang lambat . Hasan , Afiq dan Fathima pun lambat ! Tsktsktsk . Berjumpa dengan mereka di Yishun . Naik Mrt ke Paya Lebar tapi terturun di Aljunied . Paisey lah katakan .. Semua salah Hasan ... dan saya .. Haha
Dari Aljunied , kami semua berjalan ke Paya Lebar , Fathima perlu berjalan , Gemuk sangat , ( jangan bilang dia ) . Sambil berjalan , Fathima bertanya kepada kami semua soalan - soalan merepek sambil kami semua sedang berjalan . Kami layankan sahaja . Sampai pun di Geylang Serai .




Selepas kami makan , Kami pun berjalan lagi di bazaar geylang . Fathima tergila - gilakan Dendeng dan dia telah membeli lagi untuk membawa pulang ke rumah . Berpusing - pusing kami . Bosan ! Sungguh membosankan di sana . Kami tahu bahawa kami harus membuat benda lain . Fathima pun bercadang untuk menonton wayang . Kami pun balik ke Yishun untuk menonton wayang itu . Kami mononton cerita ''Where got ghosts ?'' pada pukul 9.40 . Ceritanya kelakar seram . Afiq macam budak kecil . Daripada permulaan hingga ke akhir cerita itu , Afiq menutup telinganya kerana dia takut . Fathima dan Hasan mengatakan bahawa mereka hanya menjerit sau kali sahaja . Padahal Padahal . Aku yang duduk sebelah Fathima dan duduk satu kerusi jauh dari Hasan pun boleh dengar mereka dua menjerit - jerit . Aku ? hehe .. Aku okay sahaja . Aku rasa cerita itu tidak seram tetapi kelakar sahaja . Apabila cerita itu habis , kami semua pun pulang kembali ke rumah . Afiq telah berjumpa dengan Ayahnya dan telah oulang bersama ayahnya . Aku , Fathima dan Hasan menaiki teksi pulang . Itu sahaja lah . Tahun Depan Kami sudah berjanji untuk pergi lagi . Kali ni nak ikut ? hehe
[ Aku tidak lagi malu kalau kamu semua memanggil aku Hana ! ]
[ Panggil lah sepuas - puasnya !]
Farhana[H]ana =D
4.15 pagi - Bangun untuk sahur dengan muka yang buruk . Muka tengah nagnatuk . Saya makan Oreo sahaja dengan susu untuk sahur ! Pelikan !
4.45 pagi - Tidur balik !!
7 .00 pagi - Sampai Sekolah .
7. 30 pagi - Saya membaca buku . Yeye je baca buku . Sungguh rasa macam nak tidur !
8.15 pagi - Dengar Miss 'Face' Ong Berbual .
10.25 pagi - Waktu Reahat ! Lepak di dalam kelas bersama Hasan . Afiq ,Fadhli ,Sofeah , Ivan & Lani !



10.55 pagi - Pergi ke dewan dan beratur .
12.25 tengah hari- KelasBahasa Melayu Dengan Cikgu JayZ !
12.55 tengah hari- Kelas pun sudah habis ! Waktu Rehat lagi ! Apa Lagi ? Buat kecoh di dalam kelas lah !
1.25 tengah hari - SMART ! Bosan lah SMART . Tapi tidak ada Cikgu , Boleh tidur !
2.25 petang - SMART sudah habis !
2. 30 petang - Duduk di kantin dengan Seri . Tunggu hingga latihan bola lantai bermula ! Bags kan saya , puasa- puasa pun pergi latihan . haha !
4.oo petang - Latihan Bola Lantai pun bermula !
5.00 petang - Latihan Bola Lantai masih belum habis . Alamak ! Dah berasa penat dan lapar ! Tahan Sahaja lah !
6. 00 petang - Akhirnya habis ! BALIK !!!!
6.15 petang - Saya berada di dalam bas 804 . Perut saya sudah bermula menyanyi kepada saya .
7.00 malam - Saya pun sampai Woodlands !
7. 05 malam - Saya berjalan ke Banquet .
7. 10 malam - Saya berjumpa dengan keluarga saya . Mereka sudah membeli makanan dan minuman !
7. 12 malam - Tunggu apa lagi ? Buka !!!!! Saya Makan Chicken Chop .. SEDAP !!
7. 45 malam - Saya dan keluarga saya berjalan - jalan di Causeway point .
9.00 malam - Sampai rumah .
9. 30 malam - Main laptop !
10.30 malam - Tidur !
Pengalam : Saya berasa sangat penat kerana tidak cukup tidur . Tetapi seronok lah berpuasa . Saya dapat menyimpan duit ! Saya kurangkan berbohong dan kurangkan percakapan tidak baik ! Harap - harap je lah saya dapat kurangkan ini semua bukan pada bulan Ramadan sahaja tetapi sampai bila - bila ! :D

Ni gambar ialah pada hari Jumaat , 7hb Ogos 2009 . Hari itu , kita semua menyambut hari kebangsaan Singapura dan meyambut Hari Keharmonian Kaum di sekolah . Pada hari itu , kita semua datang sekolah macam biasa tapi berbaju merah , putih atau pakaian etnik . Daripada gambar yang ada atas tu , saya datang sekolah pakai kebaya yang kamu semua tidak akan selalu nampak . =D ! Itu sahaja . Pada hari itu macam biasa , datang sekolah , ambil suhu , duduk di dalam dewan , buat bising , kacau semua orang , tengok persembahan , nyanyi , cari orang untuk ambil gambar lepas itu , balik ! Gerek lah tu !
Pada hari Ahad seterusnya , Hari kenduri itu dan Hari Jadi 44 Singapura ! Selamat Hari Jadi Singapura ! Makcik saya telah buat kenduri , buat apa ? Saya tidak tahu . Saya cuma datang , buat kecoh dan makan ! Saya tidur rumah makcik saya , pagi , makcik saya pekik suruh semua orang bangun sebab ada orang datang . Tapi saya , kakak sedara saya dan abang sedara saya tidak bangun . Kita terus tidur sahaja di dalam bilik . Makcik saya pekik pada agak - agak jam 10 pagi gitu , tapi saya bangun pukul 12 . Semua orang sudah datang . Saya kejut semua orang bangun . Semua tergesa - gesa pergi bilik air untuk mandi . Lepas itu , semua orang terus siap - siap untuk ke tanah kekuburan . Saya ikut sebab hendak melawat arwah nenek saya , arwah datuk saya dan arwah ayah saya . Selepas pergi kubur , saya dan makcik saya semua balik rumah makcik saya untuk baca doa . Selepas baca doa , semua makan makanan yang saya masak hari sebelum itu . Nak tengok gambar makanan ? Ada !

Sambal Udang , Ayam Goreng , Lauk Lemak , Epok - Epok Dan Sebagainya ! :)
Alamak Tangan Saya Kena Tangakap , Dah Lapar , Makan Sahaja Lah ! :)

Mi Hun

Sambal Goreng ! Sedap Gila !
Makan ni semua , saya tolong masak . Tak Pecaya sudah .
Lepas makan , semua Saudara mara saya mula menyanyi ''Karaoke'' lah katekan .
Ohh Tidak , Tidak .
Saya tidak nyanyi . Saya main PSP ! haha ! =D !
Sampai malam mereka semua menyanyi .
Saya pun main PSP sampai malam .
Dalam jam pukul 11 gitu , semua makcik makcik dan saudara mara semua sudah balik !
Mereka sudah balik , saya dan abang sedara saya pergi ke Civic Center untuk beli Macdonald , kamu akan tanya , sudah malam , kenapa tidak menefon sahaja ?
Sudah cuba , tetapi orang yang ada di telefon itu memberitahu bahawa tidak boleh pesan makanan keran terlalu banyak pesanan . Terpaksa turun bawah .
Kami pun cepat - cepat pergi dan cepat - cepat kembali .
Dah sampai rumah , saya makan sambil menonton bola , perlawanan antara Manchester United dan Chelsea . Manchester United kalah ! Bingit Sey !
Takpa Takpa ! Kita bagi muka !
itu sahaja lah . Lepas tengok perlawanan itu , saya tidur !
Hari ini pula saya bangun pukul 10 lepas itu pergi joging ! Pagi saya pergi joging dalam jam 11 gitu . petang saya pergi joging lagi dalam pukul 3 gitu dan malam saya pergi joging lagi , dalam pukul 8 gitu . Semangat pergi joging !
Tetapi penat !
Sapa - sapa hendak pergi joging ajak lah saya .
Sampai situ sahaja lah . Saya pun sekarang tengah lapar .
Saya hendak pergi makan lepas itu tidur !
Selamat Malam !
Bye !
Farhana[H]ana =D !
Hello !!!
Farhanah di sini sapa di sana ? haha . Saya tengah bosan sebenarnya . Eh bukan bukan . Saya sebenarnya tengah penat kerana akhirnya video saya boleh dinaikan ke blog saya dan saya dapat 'edit' video saya ! PENAT !! Ok Tak Mengapa , untuk dapat markah ... Saya tahu kamu semua mahu melihat muka saya dengan 'make up ' .. Nak sangatkan .. Video saya ialah tentang sesi solekan dan muka yang disolek tu ialah muka saya . Video saya menarik kerana kamu dapat melihat muka saya disolek . Saya Telah rakam video saya di rumah markcik saya . Alamat tidak boleh saya beri . Saya telah membuat sesi solekan ini pada hari Ahad , 19 Julai 2009 . Kakak Sedara Saya telah menolong saya membuat video in . Dia telah menolong saya untuk membuat muka saya berwarna-warni :) . Sesi Solekan ini diadakan kerana dipaksa oleh Cikgu Jariah dan semua pelajar-pelajar menegah dua ekspres . Tetapi selain daripada itu , saya juga mahu mencabar diri saya untuk mencuba sesuatu yang baru . Kalau kamu mahu tahu , apabila saya memberitahu kepada kakak sedara saya bahawa saya mahu dia 'make up' kan muka saya , dia ingat saya gila dan dah hilang akal kerana selalunya dia yang memaksa saya pakai tetapi sekarang terbalik pula . Haha . Saya berasa amat gembira kerana saya telah membuat tugas saya dengan sesungguh-sungguhnya . Saya berasa penat giler selepas sesi itu habis tetapi . Tetapi sekarang saya rasa ngantuk dan mahu tidur tetapi sebelum kamu tutup lelaman ini tolong menonton video saya dan tulis di 'tagboard' saya . Tulis Jangan Tak Tulis . Bye !
Nikmatilah !
Video Yang Saya Penat Penat Buat !
Part 2 !
Gambar Yang Penat Penat Saya Pose !

betul eh ?
Nama saya Nur Farhanah ( tak payah panjang panjang lah )
Sekolah mana ? Sekolah mana lagi .. Sekolah Menengah Northbrooks .
Saya tinggal di Woodlands .
Saya ada ,2 adik beradik , satu abang dan satu adik . Abang saya bernama Firdaus, 16 & adik saya bernama Farhan , 8 . FarhanAH .. baik eh .. haha
Nama yang selalu orang panggil saya ialah Farhanah , F , Hana .. tapi hana untuk Cikgu Jayz je ..
Tabiat Buruk .. adelah ..
Tabiat Baik .. entah lah .. bila saya baik ?
Hobi ?? uhh .. tak tahu .. tidur , makan , main Xbox , main psp .. sebanarnya saya tidak tahu apa hobi saya .. Saya suka buat banyak benda apabila saya bosan .. haha
tapi saya suka main bola lantai dan bola keranjang
Makanan Kegemaran ? uhh .. saya makan saje .. tapi kalau ada sayur , buat bodoh sudah .. saya suka makanan yang pedas . cikgu masak ah lepas tu ajak saya . dan kalau nak keluar makan .. ajak saya .. mesti saya ikut .. kalau ada duit :)
Saya tidak suka membaca buku !
Tanya kenapa dan saya akan jawab MALAS ! haha
ish ish ish .. Farhanah , Farhanah !
masak ? tak akan .. kalau suruh makan tu saya boleh .. haha
melayu saya tak lah bagus sangat tapi boleh lah .. tolong Cikgu !
oh .. lupa nak beritahu satu perkara yang mustahak .. saya seorang yang bising .. haha
tu saje ..
Farhanah
F
Cookie Monster
Chocolate Freak
'Hana'
( Banyak Eh Nama Pendek / Panjang Saya )

